Misteri.


Siapa aku?
Aku berbaju.
Aku berseluar.
Aku berkasut.
Aku masih mempunyai mata.
Aku mempunyai jari yang kuat untuk menaip.
Aku mempunyai kaki yang kuat untuk berjalan.
Aku mempunyai hati yang perlu dijaga.
Aku mempunyai akal dan fikiran untuk berfikir.
Aku masih mampu bercakap.
Tapi siapa yang mahu dengar luahan aku?

Siapa aku?
Tak penting untuk engkau.
Siapa aku?
Tidak perlu engkau tahu.
Kerana aku masih aku.
Masih diri aku.

Jangan sibuk ingin tahu siapa aku.
Kerana engkau tak layak mengetahui siapa aku.
Duduk diam dan hanya baca.
Kerana aku memerhati si pembaca.
Aku misteri di sebalik tulisan ini.

No comments: