Bila aku dah penat


Kadang tu kau layan aku macam sampah. Sebab aku dah penat, aku layankan aje. Semua kau minta, aku layankan aje. Bukan sebab mahu tunduk. Tapi sebab dah penat. Penat sebab tak pernah rasa dihargai langsung. Kadang sebab kau rasa diri kau tu lelaki, kau tunjuk gagah dan suruh aku tunduk dengan kau. 

Sebab penat nak melawan, bergaduh, berlawan mulut, bertekak macam bangsat, aku diam. Aku ikut aje apa kau nak. Ikut aje apa kau suruh. Lagi sekali aku tekankan, AKU BUKAN TAKUT, BUKAN MAHU TUNDUK, TAPI AKU PENAT.

Sampai satu tahap nanti, aku harap kau sedar.

No comments: