Esok masih ada


Hari ini,
Banyak dugaan yang aku lalui.
Aku disakiti.
Sakitnya bisa membunuhku.
Sakitnya apabila cinta tidak dihargai.
Sakitnya bila terpandang orang yang dicinta bersama dengan orang lain.

Hari ini,
Rahsia sudah terbongkar.
Apa mahu buat lagi?
Tidak guna mendengar alasanmu lagi.
Kerna itu semua hanya ayat-ayat manis.
Yang datang dari mulut bukan dari hati.

Kasih,
Pergilah dikau bersama dengan orang yang engkau cintai.
Mungkin tiada jodoh.
Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih juga kerana telah mempermainkanku.

Hari ini,
Mungkin engkau gembira melihat aku menangis.
Mungkin engkau bertepuk kegembiraan.
Tapi perlu engkau ingat.
Esok masih ada.
Mungkin esok hari kegembiraan aku
Kerana sudah bebas daripada genggaman seorang lelaki dayus.

Esok masih ada.....



No comments: