Awak,
Cuma saya ingin awak tahu,
Biarpun awak banyak lukai hati saya,
Saya tetap sayangkan awak.
Awak,
Walaupun panas baran macam mana pun awak,
Saya tetap tunggu awak jadi seorang yang bukan pemarah.
Walaupun saya tahu,
Mungkin susah untuk berubah.
Tapi saya tunggu.
Awak,
Even awak sering abaikan saya,
Saya sentiasa harap awak berubah.
Kerna saya tahu awak sayangkan saya.
Awak,
Biar lah orang nak kata kita apa.
Pekakkan telinga awak.
Kita yang saling mencintai.
Orang takkan faham.
Awak,
Saya sayangkan awak sangat.
Saya harap awak pun sama.
Saya taknak bertepuk sebelah tangan.
Saya harap kita dapat capai apa yang kita impikan selama ni.
Awak,
Saya harap awak sabar menghadapi dugaan yang kita terima.
Saya harap awak dapat sabar seperti mana saya sabar.
Saya harap awak pertahankan hubungan yang telah kita bina ni.
Saya harap awak takkan sia-siakan saya sepertimana awak pernah buat dulu.
Awak,
Kalau saya dah tiada nanti.
Awak carilah pengganti.
Carilah yang terbaik.
Jangan sia-siakan perempuan yang hadir dalam hidup awak.
Kerana itu satu anugerah yang Tuhan bagi.
Tolong hargai dia.
No comments:
Post a Comment