Menang


Kadang-kadang air mata aku mengalir.
Tanpa aku sedar.
Hati aku bertanya 
"eh kenapa engkau menangis ni?"
Diam.
Sepi.
Tak ada jawapan.

Ahh sudah. 
Ini semua permainan cinta.
Jangan dilayan.
Biarkan disakiti.
Aku kuat.
Aku boleh.
Aku bukan lemah.
Tapi engkau yang anggap aku lemah.
Seolah-olah aku masih budak kecik yang sedang bertatih berjalan.

Inilah engkau.
Selalu pandang rendah dekat orang lain.
Sekarang kau tengok siapa yang menangis meraung?
Engkau lah orangnya.
Menangis meraung kerana kehilangan aku.
Sudah terang lagi bersuluh engkau salah.
Aku kuat engkau lemah.
Walaupun engkau lelaki.

Kini sudah ada jawapannya.
Engkau yang malu.
Sudah tidak berani berpaling muka depan aku.
Ingin saja aku gelak.
Tapi kutahan.
Merah padam muka aku menahan gelak.
Kerana,
Orang yang memperlekehkan aku sudah mengaku kalah.
Aku menang hey aku menang!

No comments: